PN amal penguatkuasaan dua darjat dalam pelaksanaan SOP PKP

Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Woo Kah Leong membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengamalkan hukuman serta layanan dua darjat yang dilihat jelas merugikan rakyat tetapi menguntungkan menteri.  Beliau antara lain membangkitkan kes seorang menteri yang sebelum ini didakwa melanggar prosuder operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) namun sehingga kini tidak dikenakan denda. […]

Mengubah permainan politik dengan #Undi18

Cadangan menurunkan had umur mengundi ke usia 18 tahun oleh kerajaan Pakatan Harapan, bersekali dengan pendaftaran pengundi secara automatik yang diajukan oleh pembangkang, akan menjadi sebuah ‘game changer’, merubah bagaimana politik dan polisi diungkap dan dilaksanakan di Malaysia, buat selama-lamanya. Usia muda ada kelebihannya: kurang bagasi sejarah dan justeru itu lebih berani. Mereka yang memiliki […]

Blockade: Membalas jasa Senoi Praaq dengan kezaliman?

Isnin lepas, tiga hadangan (blockade) yang dibina masyarakat Orang Asli Gua Musang dirobohkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan mengguna pakai Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara Pemakaian 1984. Perobohan dilakukan adalah sah mengikut undang-undang dan alasan yang diguna pakai pihak berkuasa terbabit. Namun, tindak-tanduk itu tidak sama sekali akan melemahkan semangat Masyarakat Orang Asli (MOA) yang […]

Mustahil kerajaan PAS Kelantan tak tahu punca bantahan Orang Asli

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sepertimana dilaporkan Portal Malaysiakini; Kelantan Tak Tahu Punca Sebenar Bantahan Orang Asli. Seingat saya, krisis antara Orang Asli Kaum Temiar di selatan Negeri Kelantan dengan kerajaan PAS Kelantan mencapai tahap kritikal sejak bulan September 2016 apabila berlaku “pertempuran” antara Komuniti Orang Asli […]

Guan Eng puji kesabaran Tengku Zulpuri

GEORGE TOWN, 23 NOV: DAP hari ini melahirkan rasa kecewa sekaligus mengecam tindakan ganas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob yang mengajak Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji bertumbuk di luar dewan, semalam. Menyifatkan sikap liar berkenaan sebagai memalukan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Adnan gagal bersikap matang dan […]

Anda penat dengan politik? Ini mungkin ubatnya

Politik adalah kayuhan yang memenatkan buat kita yang terpaksa berhempas pulas melawan inflasi dan kos sara hidup yang kian meningkat dalam keadaan pendapatan yang mendatar. Ia tambah memburukkan apabila dompet kita sering pula diketuk ketika tiba di kaunter pasar raya oleh Najib Razak melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Dan kita pun mengambil jalan […]

Harapan mengorak langkah

Sering diserang, selalu ditendang, seharian difitnah. Itulah nasib Pakatan Harapan yang menjadi sasaran segala alat kerajaan Barisan Nasional, termasuk media yang dikawalnya secara langsung dan tidak langsung. Namun, sakit dan pedih dalam dunia politik berat sebelah di Malaysia tidak menyekat mereka untuk mewujudkan satu gabungan bagi melawan hegemoni BN. Atas nama Pakatan Harapan – kini […]

Kepentingan Orang Asal, tanah hak adat Sabah terus dapat pembelaan DAP

PENSIANGAN, 18 FEB: DAP terus komited membela hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia, termasuklah masyarakat orang Asal di Sabah dan Sarawak. Ia dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai projek Impian yang bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asal dengan menyediakan kemudahan-kemudahan asas di kawasan pedalaman. Hal ini kerana sehingga kini, masih banyak masyarakat pedalaman yang dinafikan […]

Pendidikan pra-sekolah anak Orang Asli Pos Lenjang, Pahang terabai

CAMERON HIGHLANDS, 12 JAN: Satu sesi dialog antara NGO dan pemimpin politik bersama penduduk Orang Asli dari lebih tujuh kampung di sekitar Pos Lenjang telah diadakan dekat Kampung Dayok, Selasa lalu. Sesi yang dikendalikan Impian Malaysia itu memberi ruang kepada penduduk mengetengahkan masalah yang dihadapi selama ini khususnya dari aspek pendidikan. Seorang penduduk yang tidak […]

Mengenali Thirukkural – Bahagian 10

Sifat bersabar dilihat sebagai suatu sifat penting dan terpuji dalam kehidupan manusia. Sabar merupakan sebahagian (bukan separuh) daripada iman. Dalam budaya India, sering disebut bahawa individu yang bersabar (tidak terburu-buru) mampu menguasai dunia. Aspek kesabaran juga disentuh dalam teks Thirukkural selenggaraan Thiruvalluvar. Sepuluh kural dalam Bab 16 karya moral ini membicarakan betapa penting nilai kesabaran […]

Mengenali Thirukkural – Bahagian 5

Amalan kunjung-mengunjung dalam kalangan sahabat, saudara mara dan jiran tetangga dilihat semakin berkurangan dalam budaya masyarakat moden yang semakin sibuk mengejar harta material, serta mementingkan diri sendiri. Komunikasi juga lebih banyak berlaku di ruang siber atau menerusi media sosial dan alat komunikasi seperti telefon dan WhatsApp. Akibatnya, amalan kunjung-mengunjung yang merupakan budaya tradisi dalam masyarakat […]

PRK Kuala Kangsar: Apa orang Kuale mau?

Kalau sudah sampai Kuala Kangsar, tidak sah kalau tak pekena cendol dan laksa. Jadi, usai penamaan calon  Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar semalam, saya berkesempatan meronda-ronda bandar kecil ini mencari laksa dan cendol, sehari sebelum berpuasa, eloklah tu. Apa istimewanya laksa di Kuala Kangsar dengan laksa di tempat lain? Beza laksa di sini ialah bahan yang […]